Pertukaran Laman Blog

Posted: 27/05/2013 in Uncategorized

Asslamualaikum.

Post ini sekadar memaklumkan, saya akan bertukar alamat blog seperti di bawah :

https://ashrafmislan.blogspot.com

segala maklumat dan pengisian adalah sama seperti di laman blog saya yang sekarang.

Ok,. selamat mengusya2.. hee..

Assalamualaikum…

Sekali lagi bertemu dalam ruangan Blog yang tak seberapa ni..

Ok semua, kali ni sy nk share kan sesuatu yang boleh dikatakan berguna la kepada semua pembantu tadbir sekolah mcm saya sendiri. Apa bendenye yee…??

Ok..  saya pasti anda semua sudah maklum dengan format baru baucar bayaran kan? (DKS006). Versi baru ni tak de ‘carbonless’ mcm yg sebelumnya tu kan..

Tapi rasenya ramai yg da gne Baucar Bayaran versi baru ni.. tapi, surat siaran terbaru ni, wajib gunakan mulai tahun 2012 kan?

Just kali ni, sy nk share kan something utk memudahkan penulisan baucar bayaran.. ala, yg mcm Easy Kew.8 sy wat tu.. kali ni utk versi baucar bayaran plak.. ok.. ade preview gambar untuk hasil selepas di cetak..

Untuk peringatan dan perhatian, setting margin yg sy guna ni adalah untuk printer CANON tau.. so, u all kene la korbankan skit2 kertas baucar bayaran tu untuk memastikan setting korang tu terbaikkk.. hehe.. ok la..

Click DI SINI untuk download Easy BaucarBayaran ni… ok.. selamat mencuba..!! =)

p/s : sila Share link / blog di facebook anda jika anda rasa ianya bermanfaat.

.

Assalamualaikum semua pembace!

Ok..  Aku faham korang semua mesti tengah dok mengisikan borang TBP/R untuk sekolah rendah dan TBP/M untuk sekolah menengah.. kan? Ok.. kali ni saya nak terangkan sikit la cara pengisian memandangkan ni pengalaman pertama untuk kita semua isi borang nih.. kn kn kn?

1st, dokumen – dokumen ni anda mesti ada.. k? boleh download dengan click link di bawah:

Borang TBP/R (untuk dihantar ke PPD/JPN)

Enrolmen Murid (untuk dihantar ke PPD/JPN)

Data Asas Pengiraan (bahan rujukan)

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8/2010 (bahan rujukan)

LANGKAH PERTAMA.

Isikan enrolmen murid itu tadi dahulu.

LANGKAH KEDUA.

Isikan borang TBP/R @ TBP/M berpandukan enrolmen murid yang anda sedia.

Isikan pada ruangan yang TERLIBAT SAHAJA!

Isikan Bilangan murid terlebih dahulu untuk memudahkan anda.  Bagi sekolah yang mempunyai murid pendidikan khas, jangan lupa isi pada ruangan yang terlibat k?

Untuk ruangan PERUNTUKAN pada borang TBP/R itu, sila rujuk Data Asas Pengiraan yang telah anda isikan.  Semasa isikan data tersebut, sila rujuk bersama SPK Bil 8 tahun 2010 untuk memastikan peruntukan yang diterima itu tepat.  RUJUK JADUAL yang disediakan di dalam pekeliling.

Sebagai contoh, jika murid seramai 113 orang.

Untuk bantuan TERAS (sambil merujuk Jadual 3), bil murid pertama ialah 100 dan kadarnya adalah RM 2100.00 dan murid seterusnya ialah RM 16.00

Jadi, 100 pertama = RM 2100.00

13 x RM 16.00      =  RM 208.00

Jumlah Teras         =  RM 2308.00 sahaja. Mudah kan? Begitulah seterusnya.

Namun, ada juga bantuan yang diberikan secara ‘LUM-SUM’ iaitu jumlah besar tanpa mengira bilangan  murid pertama (perlu merujuk Jadual 3)

Lihat Jadual 3, Baris LPBT.  Untuk bilangan murid seramai 113 orang, jumlah yang diberikan adalah berdasarkan purata murid di dalam lajur 101-150 iaitu sebanyak RM 7500.00.. lagi mudah kn?  Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memahami  konsep Jadual 3 (sekolah rendah) atau Jadual 4 (untuk sekolah menengah).

Ok, hantarkan Permohonan Anda Kpd PPD Masing2.

1.   Surat Iringan Drpd Pihak Sekolah

2.   Borang TBP/R atau TPB/M

3.   Enrolmen Murid mengikut Bilangan Murid 1 Oktober 2011

4.   Penyata Bank Kerajaan.

Ok.. andai anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya tapilagi afdhal hubungai JPN atau PPD masing2.. jangan risau dan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia semakin mematangkan anda.

Segala tunjuk ajar di sini adalah hasil pemahaman saya dan merujuk kpd  SPK 8/10 dan mereka yang arif.  Jika terdapat kesilapan, saya memohon maaf dan sila tegur yee.. =) (SEGALA KEPUTUSAN AKAN DIPERIKSA PPD TERLEBIH DAHULU)

Sekian, terima kasih.. harap post ini membantu..! =)

Perkhemahan Tahunan 2011

Posted: 03/10/2011 in Peribadi

Assalamualaikum…!

Peh.. Minggu ni, berjaya dipenuhi dengan aktiviti yang menarik.. Apakah ia?

Yaa.. Perkhemahan Tahunan SK Sungai Judah Tahun 2011.. merapatkan hubungan silaturrahim diantara murid dan guru(including me laa)..

dapat pulak jadi director, mengarah selama 30minit untuk Kumpulan Epal. hehe..

Apa2 pun, memang perkhemahan kali ni tetap best, sempoi.. sempoi tau, bukan sempott.. hehehe…

jom, tgk apa yang ada semasa perkhemahan… =)

Video Perkhemahan

best kn?? hee

ni lagi satu video. Malam Kebudayaan..

team aku la yang menang! hehe..

ok.. andai nk tgk gambar, leh la ‘LIKE’ page SK Sungai Judah. klick di sini

ok.. thanks semua!!

Assalamualaikum.. Sihat?

Kali ni post luar daripada bidang kerja. Tp ada la kaitan sikit dengan kerja aku.

Untuk pertama kalinya, aku berjaya ‘make a video’ untuk majlis luar daripada pejabat. kat mane? Kali ni, video ni dipertontonkan kat PPD Kuala Langat. Untuk majlis perpisahan pegawai – pegawai kat PPDKL tu.

Ini pun, rakan sekerja aku yang offer la.  Ala, sebabnye dia tak tau nak guna software tu.. hehehe..

thanks to Encik mohd sharulazam bin ibrahim. (kalau nak usya laman web beliau, leh clik disini). Terima kasih kerana sudi memberi peluang dan meletakkan kepercayaan kepada saya. Maaf kalau tak sempurna.

Ok kawan – kawan. Leh la tengok video ni ye.. layannn.. =)

thankss!!!

MANUAL PENGGUNA EASY_LPv2.0

Posted: 22/09/2011 in SM500

Assalamualaikum…

Akhirnya, berjaya juga saya menyiapkan manual untuk dijadikan rujukan kawan – kawan semua.  Terima kasih atas sokongan kalian.  Saya hanya berkongsi, tidak lebih dari itu.

Manual Easy_LPv2.0

Sekian, terima kasih.

Easy LP version 2

Posted: 13/09/2011 in SM500

Assalamualaikum..

Saya telahpun berjaya menyiapkan update version untuk ‘easy lp’ yang baru.. lebih baik dan mudah digunakan..

sudi – sudikan ‘download’ dan selamat mencuba..!

http://www.mediafire.com/file/ab9pvdn97lv225w/EASY_LP_KEW8%7ESIRAP11%7E.xls

Easy Kew.8/LP

Posted: 20/08/2011 in SM500

Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah sekadar perkongsian kemahiran saya yang sedikit dalam bidang perkeranian pejabat sekolah.

‘Post’ pertama saya adalah berkenaan ‘kew.8’ ataupun juga dikenali sebagai laporan penyata perubahan.

maaf la, lupa nama panjang.. hehe…

ok.. di sini aku sertakan ‘link’ untuk u all download EASY LP nih.. mudah untuk difahami dan memudahkan kita daam tugas seharian di pejabat.. ok.. selamat mencubeee…!

http://www.mediafire.com/?l01kj833z7yi9j9

 

 

Sirap11