PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 MENGIKUT BILANGAN MURID 1 OKTOBER 2011

Posted: 19/10/2011 in Uncategorized

Assalamualaikum semua pembace!

Ok..  Aku faham korang semua mesti tengah dok mengisikan borang TBP/R untuk sekolah rendah dan TBP/M untuk sekolah menengah.. kan? Ok.. kali ni saya nak terangkan sikit la cara pengisian memandangkan ni pengalaman pertama untuk kita semua isi borang nih.. kn kn kn?

1st, dokumen – dokumen ni anda mesti ada.. k? boleh download dengan click link di bawah:

Borang TBP/R (untuk dihantar ke PPD/JPN)

Enrolmen Murid (untuk dihantar ke PPD/JPN)

Data Asas Pengiraan (bahan rujukan)

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8/2010 (bahan rujukan)

LANGKAH PERTAMA.

Isikan enrolmen murid itu tadi dahulu.

LANGKAH KEDUA.

Isikan borang TBP/R @ TBP/M berpandukan enrolmen murid yang anda sedia.

Isikan pada ruangan yang TERLIBAT SAHAJA!

Isikan Bilangan murid terlebih dahulu untuk memudahkan anda.  Bagi sekolah yang mempunyai murid pendidikan khas, jangan lupa isi pada ruangan yang terlibat k?

Untuk ruangan PERUNTUKAN pada borang TBP/R itu, sila rujuk Data Asas Pengiraan yang telah anda isikan.  Semasa isikan data tersebut, sila rujuk bersama SPK Bil 8 tahun 2010 untuk memastikan peruntukan yang diterima itu tepat.  RUJUK JADUAL yang disediakan di dalam pekeliling.

Sebagai contoh, jika murid seramai 113 orang.

Untuk bantuan TERAS (sambil merujuk Jadual 3), bil murid pertama ialah 100 dan kadarnya adalah RM 2100.00 dan murid seterusnya ialah RM 16.00

Jadi, 100 pertama = RM 2100.00

13 x RM 16.00      =  RM 208.00

Jumlah Teras         =  RM 2308.00 sahaja. Mudah kan? Begitulah seterusnya.

Namun, ada juga bantuan yang diberikan secara ‘LUM-SUM’ iaitu jumlah besar tanpa mengira bilangan  murid pertama (perlu merujuk Jadual 3)

Lihat Jadual 3, Baris LPBT.  Untuk bilangan murid seramai 113 orang, jumlah yang diberikan adalah berdasarkan purata murid di dalam lajur 101-150 iaitu sebanyak RM 7500.00.. lagi mudah kn?  Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memahami  konsep Jadual 3 (sekolah rendah) atau Jadual 4 (untuk sekolah menengah).

Ok, hantarkan Permohonan Anda Kpd PPD Masing2.

1.   Surat Iringan Drpd Pihak Sekolah

2.   Borang TBP/R atau TPB/M

3.   Enrolmen Murid mengikut Bilangan Murid 1 Oktober 2011

4.   Penyata Bank Kerajaan.

Ok.. andai anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya tapilagi afdhal hubungai JPN atau PPD masing2.. jangan risau dan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia semakin mematangkan anda.

Segala tunjuk ajar di sini adalah hasil pemahaman saya dan merujuk kpd  SPK 8/10 dan mereka yang arif.  Jika terdapat kesilapan, saya memohon maaf dan sila tegur yee.. =) (SEGALA KEPUTUSAN AKAN DIPERIKSA PPD TERLEBIH DAHULU)

Sekian, terima kasih.. harap post ini membantu..! =)

Comments
  1. Abu Talib Nor says:

    bagus tuan…teruskan usaha murni ini…..semoga kerja2 kita di hari yg mendatang lebih mudah dan dipermudahkan…..

  2. zue siman says:

    assalam asyraf.. terima kasih.. byk info sy dpt. kt sini rupanya.. Borang TBP utk sek men takda ke?? ;)

    • Wassalam Zue.. ala.. tak de plak la.. sbbnye sy sek rendah.. hehe.. ade tu ade, tp dlm MICROSOFT WORD.. JPN Selangor yg bagi.. leh ke? yg excel x de plak..

      • Zue Siman says:

        kecik tapak tgn..nyiru sya tadahkan.. hehe.. boleh jer.. thanks yaaa… :)

  3. nurul says:

    Nak tanya kalau tuan ada creat borang TBPR terbaru mengikut surat pekeliling Bil.8 tahun 2012

    • ashrafmislan says:

      Sedang dalam pembikinan.. Insyaallah sy siapkn sebelum Julai 2013.. =)

      • nurul says:

        Salam saya dah cuba ambil dan edit mengikut keperluan bilangan murid sekolah.., ternyata maklumat data kewangan tahunan sangat2 mudah dan menjimatkan waktu. Tapi hanya maklumat pkiraan BTSR belum ada dalam format…apa2pun saya ucapkan tahniah dan tq atas usaha murni tuan….

  4. norlida says:

    assalamualaikum,encik sya nk tanya ada x created kan tbpr mengikut SPK 8 tahun 2012..sbb skrg kan dh guna pki borang tu..amat berharap dpt sya download borang tbpr yg terbaru..tk

    • ashrafmislan says:

      ada.. tp sy x upload kt laman blog ni sbb sy skrng pakai blog lain.. blog ni ade masalah skit.. try pegi usya kt sni.. ashrafmislan.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s